Adakah anda mengalami penyakit yang sehingga kini tidak tahu apa puncanya dan telah bosan dengan temujanji klinik dan hospital dan sampai saat ini masih menderita dan sehingga kini tidak menemui penawarnya??

BUAT TEMUJANJI SEGERA

KLINIK PERUBATAN ELEKTRONIK KUALA SELANGOR


* Kaedah merawat secara menyeluruh dengan kaedah penyelidikan penyakit yang termoden menggunakan sample DNA pesakit,tanpa dadah,tanpa toksin dan tiada kesan sampingan,Kami memiliki ribuan testimoni untuk dikongsi,jangan percaya apa yang kami katakan tapi cuba lah berikhtiar dengan kami untuk kebahagiaan anda.

"Kami tidak rela anda menderita ,
temui kami untuk berkongsi hari bahagia anda"



KENALI PENYAKIT




RAWATAN ELEKTRONIK KAEDAH TERBARU MERAWAT KANSER

Kapar- Kaedah perubatan elektronik dipercayai mampu menjadi kaedah rawatan alternatif untuk mengubati penyakit kanser yang diketahui merupakan sejenis penyakit yang amat digeruni oleh semua orang dan sukar untuk diubati.

"Penyakit kanser kini dianggap pembunuh nombor satu manusia dan ia juga merupakan satu penyakit yang sukar dikesan dari peringkat awal sehinggalah ia hanya dikesan apabila penyakit ini sudah merebak sehingga ke tahap kritikal dan boleh membawa maut"

"Kaedah perubatan yang kerap digunakan keatas pesakit kanser adalah perubatan moden melalui rawatan radioterapi atau kimoterapi yang mana kaedah perubatan tersebut tidak menjanjikan penyembuhan seratus peratus dan ada potensi penyakit tersebut akab berulang di tempat yang sama," ujar Dr. Salmah Ibak yang merupakan salah seorang pengamal perubatan elektronik.

Katanya, perubatan elektronik merupakan salah satu dari cabang ilmu perubatan yang wujud di dunia ini dan ia diusahakan ketika manusa masih tercari-cari cara rawatan untuk banyak penyakit yang semakin rumit dan mencabar.

Katanya lagi, ia juga merupakan satu kaedah perubatan yang mampu menyelamatkan dan menjadi penawar kepada pencemaran serta keracunan yang banyak membawa kesan negatif kepada kesihatan manusia.

"Perubatan elektronik merupakan gabuangan sains fizik, perubatan moden, fitrah kejadian manusia dan juga semua kaedah perubatan yang ada dan ia diilhamkan oleha pengasasnya iaitu Profesor Sir Dr. Amir Hamzah.

"Beliau merumuskan bahawa manusia merupakan sebahagian dari komponan dari alam ini, maka sudah pasti aplikasi sains fizik kepada dunia perubatan dapat memberi manafaat kepada kesihatan manusia, ujar beliau lagi."

Ujarnya, kewujudan manusia adalah gabungan dua unsur tenaga dan jisim, begitau juga dengan penyakit kanser yang mempunyai gabungan unsur tenaga dan jisim yang dikenali sebagai simpton atau gejala.

Melalui perubatan elektronik ini, kita mempunyai kaedah mengesan masalah atau gangguan tenaga yang berlaku dalam badan dari peringkat awal sebelum tenaga tersebut keluar menjadi simptom atau gejala penyakit dengan melalui kaedah yang dinamakan "intrinsic test" menggunakan mesin OPAM dan juga ujian darah.

Melalui kaedah yang dipanggil nosode pula, kita akan mengambil sample pesakit untuk mendapatkan kod yang tepat untuk merawat dan membuat ubat untuk pesakit dan kemudian mereka akan melalui terapi "life body nosode (LBN)" yang mana ia merupakan proses membuat ubat dan merawat pesakit, jelasnya.

Ujar beliau, perubatan elektronik merupakan satu jenis perubatan yang masih muda berbanding kaedah perubatan lain. Namun ia telah berjaya membantu ramai pesakit kanser yang telah hilang harapan untuk sembuh.

"Kami tidak berniat untuk mencabar kaedah perubatan lain yang sedia ada namun bagi mereka yang sudah putus harapan untuk sembuh dari penyakit kanser, masih ada sinar harapan bagi mereka dengan menjadikan kaedah perubatan elektronik sebagi pilihan kepada mereka yang inginkan perubahan," ujarnya lagi.



petikan dari: sinar akhbar komuniti warga selangor dan KL (2007)