Adakah anda mengalami penyakit yang sehingga kini tidak tahu apa puncanya dan telah bosan dengan temujanji klinik dan hospital dan sampai saat ini masih menderita dan sehingga kini tidak menemui penawarnya??

BUAT TEMUJANJI SEGERA

KLINIK PERUBATAN ELEKTRONIK KUALA SELANGOR


* Kaedah merawat secara menyeluruh dengan kaedah penyelidikan penyakit yang termoden menggunakan sample DNA pesakit,tanpa dadah,tanpa toksin dan tiada kesan sampingan,Kami memiliki ribuan testimoni untuk dikongsi,jangan percaya apa yang kami katakan tapi cuba lah berikhtiar dengan kami untuk kebahagiaan anda.

"Kami tidak rela anda menderita ,
temui kami untuk berkongsi hari bahagia anda"



Thursday, 21 June 2012

Perkongsian Hari ini : SIHAT,KAYA DAN BAHAGIA VOL. 2



Penyakit dan sakit adalah dua perkara yang berbeza. Kedua-duanya mempunyai peranan penting untuk mendapat kesihatan yang baik. Sakit selalu disalahertikan sebagai penyakit. Bila kita merasa SAKIT, usaha kita adalah bersegera mencari ubat atau bahan yang boleh menghilangkan rasa sakit ini. Kelegaan yang dialami ditafsirkan sebagai sembuh atau sihat. Rasa sakit yang hilang dengan cepat dan mendadak disebabkan ubat bukanlah penawar sebenar. Ini adalah tindakan manipulasi saraf agar isyarat tidak sakit dikeluarkan.Dalam masa yang sama penyakit masih ada dan tidak dirawat.

Allah menjadikan rasa sakit sebagai isyarat kepada otak dan kita untuk mengambil tindakan merehatkan kawasan yang sakit. Otak pula akan bertindak mengarahkan hormon tertentu dikeluarkan agar kawasan yang berpenyakit ini dapat dirawat secara semulajadi oleh sistem tubuh.





sekadar gambar hiasan

jadi untuk mendapat kesihatan yang optimum, kurangkan penggunaan 'pain killer'. Dapatkan cara yang lebih selamat dan sihat dalam menguruskan rasa sakit dan penyakit. Sebagai contoh, sakit kepala adalah disebabkan kekurangan air dan oksigen ke otak. Cara yang selamat adalah dengan mengambil air minuman secukupnya dan melakukan teknik pernafasan berima. Jika ahli sukan mengalami kecederaan, adalah lebih baik dia direhatkan daripada menyembur pain killer. Tindakan ini hanya akan menambahkan kecederaan pada bahagian yang terlibat, apabila pemain meneruskan permainan. - Prof Dr Hjh Salmah Ibak (OIU)
read more

Wednesday, 6 June 2012

Perkongsian Hari ini : SIHAT,KAYA DAN BAHAGIA VOL. 1





Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. 

Mengikut hukum *wave duality* setiap kejadian mempunyai kembaran. Penyakit adalah disebabkan ketidakseimbangan yang berlaku dalam sistem tubuh. Sebelum sesuatu penyakit diberikan nama mengikut simptom-simptomnya,terlebih dahulu wujud tenaga penyakit. Tenaga penyakit ini dapat dirasai dengan gangguan emosi yang dirasai oleh pesakit. Tenaga penyakit yang meningkat akan menggangu sistem tubuh dan akhirnya mengeluarkan simptom-simptom tertentu. Sebagai contoh, sebelum kita disahkan demam oleh doktor dengan bacaan suhu yang tinggi, selalunya didahului rasa tidak selesa dan emosi kita terganggu.

Perubatan yang berasaskan theophysic menyatakan bahawa tenaga penyakit ini mesti dilemahkan atau dimusnahkan. Bila tenaga ini dimusnahkan secara automatik simptom penyakit juga dapat dimusnahkan. Ini amat berbeza dengan perubatan yang merawat simptom penyakit sahaja.Penyakit akan kembali menyerang kerana tenaga penyakit masih wujud.

Tubuh kita adalah terdiri daripada roh(tenaga) dan jasad. Rawatan yang terbaik adalah rawatan yang mampu merawat kedua-dua unsur ini. Jasad yang sihat tidak dapat berfungsi jika tiadanya tenaga. Nabi Adam a.s diciptakan dari tanah yang diberikan bentuk, boleh berfungsi setelah ditiupkan roh(tenaga) daripada Tuhan Yang Esa. Untuk mencapai kesihatan yang lebih sempurna beberapa perkara perlu dititik beratkan :

1. Aqidah yang benar. Mesti wujud rasa bertuhan dalam hati ini. Beriman dan percaya segala sesuatu bermula dariNYA. Tiada kewujudan yang terjadi dengan tidak sengaja. Malahan semuanya dalam perancangan dan pengetahuanNYA.Tiada satupun kejadian sebagai sia-sia dan mainan semata-mata.

2. Menjadikan Rasulullah sebagai ikutan(role model).Allah telah mengutuskan rasul-rasulNYA sebagai utusan untuk mengajar manusia cara hidup yang diredhai dan selamat sejahtera.Mengambil semua yang disampaikan tanpa memilih mengikut kesesuaian pada fikiran dan logik akal semata-mata. Rasulullah telah diutuskan sebagai RAHMAT keseluruh alam.

untuk faktor seterusnya akan bersambung.........kita sembang lagi...jumpa lagi
SIHAT,KAYA,BAHAGIA.. (^_^)
read more