
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Mengikut hukum *wave duality* setiap kejadian mempunyai kembaran. Penyakit adalah disebabkan ketidakseimbangan yang berlaku dalam sistem tubuh. Sebelum sesuatu penyakit diberikan nama mengikut simptom-simptomnya,terlebih dahulu wujud tenaga penyakit. Tenaga penyakit ini dapat dirasai dengan gangguan emosi yang dirasai oleh pesakit. Tenaga penyakit yang meningkat akan menggangu sistem tubuh dan akhirnya mengeluarkan simptom-simptom tertentu. Sebagai contoh, sebelum kita disahkan demam oleh doktor dengan bacaan suhu yang tinggi, selalunya didahului rasa tidak selesa dan emosi kita terganggu.
Perubatan yang berasaskan theophysic menyatakan bahawa tenaga penyakit ini mesti dilemahkan atau dimusnahkan. Bila tenaga ini dimusnahkan secara automatik simptom penyakit juga dapat dimusnahkan. Ini amat berbeza dengan perubatan yang merawat simptom penyakit sahaja.Penyakit akan kembali menyerang kerana tenaga penyakit masih wujud.
Tubuh kita adalah terdiri daripada roh(tenaga) dan jasad. Rawatan yang terbaik adalah rawatan yang mampu merawat kedua-dua unsur ini. Jasad yang sihat tidak dapat berfungsi jika tiadanya tenaga. Nabi Adam a.s diciptakan dari tanah yang diberikan bentuk, boleh berfungsi setelah ditiupkan roh(tenaga) daripada Tuhan Yang Esa. Untuk mencapai kesihatan yang lebih sempurna beberapa perkara perlu dititik beratkan :
1. Aqidah yang benar. Mesti wujud rasa bertuhan dalam hati ini. Beriman dan percaya segala sesuatu bermula dariNYA. Tiada kewujudan yang terjadi dengan tidak sengaja. Malahan semuanya dalam perancangan dan pengetahuanNYA.Tiada satupun kejadian sebagai sia-sia dan mainan semata-mata.
2. Menjadikan Rasulullah sebagai ikutan(role model).Allah telah mengutuskan rasul-rasulNYA sebagai utusan untuk mengajar manusia cara hidup yang diredhai dan selamat sejahtera.Mengambil semua yang disampaikan tanpa memilih mengikut kesesuaian pada fikiran dan logik akal semata-mata. Rasulullah telah diutuskan sebagai RAHMAT keseluruh alam.
untuk faktor seterusnya akan bersambung.........kita sembang lagi...jumpa lagi SIHAT,KAYA,BAHAGIA.. (^_^)
0 comments:
Post a Comment